Thursday, February 3, 2011

2 Jam bersama Penerbit Nona

3 Febuari merupakan tarikh yang penting dalam hidup ini. 
Bukan hari pernikahan mahupun perkahwinan..

Credit: beautifulnara.com 

Credit: fariszulkifli.blogspot.com
Tetapi, hari ini adalah hari untuk menyiapkan group assignment Broadcasting..! 4 in a group di tugaskan untuk menemubual mana-mana producer /  assistant producer / floor manager / set & graphic designer mengenai skop kerja serta bidang tugas masing-masing. Kami telah memilih penerbit rancangan terkemuka di TV3 - NONA - sebagai respondent kami. 


            Perjalanan dari Ipoh bermula pada jam 10 pagi dan tiba di KL Sentral jam 12 tengah hari. KL Sentral? Buat apa dekat KL Sentral? Hehehe...  Sebenarnya nak ambil my new group mates (Wyda & Yana; Kelso tak dapat join sebab dia kene ke Terengganu ada hal keluarga). Setelah mengambil mereka di KL Sentral, kami ke TTDI untuk makan tengah hari di Kuey Tiaw Doli. Kemudian berjalan-jalan di OU hingga hampir jam 2.20 petang. 
          Kemudian kami terus ke TV3 untuk berjumpa dengan seseorang yang dikhabarkan mempunyai bertahun-tahun pengalaman. Setibanya kami di Sri Pentas, kami diarahkan ke cafeteria. Sempat untuk kami berbual-bual serta berbincang beberapa soalan yang bakal diajukan pada sesi temu bual tersebut sementara menantikan penerbit tersebut.
            Tepat jam 3 petang, seorang gadis, rendah kecik molek orangnya, kulit hitam manis (tompok-tompok si hitam manggis, walaupun hitam ku pandang manis) datang kearah kami. "Hi Harits, saya Kak Ifa, Penerbit Nona", sapaan dari Penerbit Nona - Cik Ifawani Omar @ Kak Ifa. Dia sangat cool & sporting. Pelbagai pengalaman, cabaran, tugasan-tugasan sebagai seorang penerbit rancangan yang mendapat penonton tertinggi di Malaysia kini di ceritakan oleh beliau sepanjang temubual tersebut. (tak boleh nak cerita panjang, nanti waktu presentation takde sape pun nak dengar.. hehehe) Temubual bermula jam 3 petang dan berakhir pukul 5 petang. 
          Di akhir temubual, kami dibawa ke studio TV3 untuk melihat serba sedikit keadaan 'environment' dalam studio tersebut. Ada beberapa gambar yang saya boleh kongsi dengan anda. Kepada semua classmates saya, jangan lupa hadirkan diri ke kelas waktu presentation BRO231 nanti..:) 








Nantikan presentation kami nanti OK... :) 

2 comments: