Monday, May 2, 2011

Seminar ke Makan-makan?

hehehehe... post kali ni mengenai program yang i pegi haritu; Seminar Menjambatani Selat Melaka. HARITS PERGI SEMINAAARR??? (GILA) hahahaha... yea.. tapi bukanlah seminar sangat pun... just hadirkan diri untuk majlis penutupan program ni. Program ini merupakan hasil kerjasama antara BERNAMA & ANTARA (berita Indonesia). Tujuan utama program ini adalah untuk membincangkan isu jambatan yang bakal dibina untuk menghubungkan Melaka ke Indonesia merentasi selat Melaka. WOOWW..! jambatan baru...! senang la lepas ni kita ke Indonesia. :| or Indonesian yang senang datang ke Malaysia? takpe-takpe. Ini merupakan hasil inisiatif kerajaan dalam  memperbaiki semula kedua-dua kerajaan melalu hubungan bilateral. Yang paling menyeronokkan adalah apabila kami warga UiTM Melaka di jemput oleh Kementerian Penerangan. Sebijik bas datang... Siap bawak makanan.. tak percaya?? tengoklah pictures lepas ni... hahahaha... okeyh... thats all.. temanya: kami bukan berseminar tetapi high-tea bersama warga media (Malaysia & Indonesia) & Datuk Mohamad Ali Rustam.








Sunday, May 1, 2011

Booklet Assignment - Separuh Mati..!

Pernah nampak gambar ni? yeaaa... dalam post sebelum ni kan ade. Untuk pengetahuan anda yang tak tau ape benda la gambar dekat atas ni... ini merupakan front cover booklet kami. semester ni under subject publication production (PUB252) kami dikehendaki menyiapkan high-end fashion booklet. yeaa... nampak mcm senang... booklet je kot...~! YESSS...!! dan kami ada organisasi kami sendiri... company sendiri... and its all about how to win a tender..! nak tengok company & organisasi kami??? 


ini adalah logo company kami; RedInk Advertising Agency Sdn Bhd. macam wow.! hahaha.. biasa jer... and organization chart kami;
CEO kami perempuan okeyhh...!! hahaha... penat sangat buat assignment ni... dari pemilihan concept & idea, models, job schedule, minute meetings, designing, printing, dummy presentation, final presentation.. seriously.. sangat meletihkan... tapi... at the end.. sangat berbaloi apabila company kami menang tender and i menang BEST SECRETARY AWARD..! hhahahaha... pening2 buat minute meeting, habis berpuluh/beratus ringgit print filing... (tapi sorry, tak sempat ambik gmbr file yg cantik tu) and i thank to all my group mates dengan kerjasama semua, kami menang tender. Thanx to: Munasfwah (wawa) CEO, Syahirah Mokhtazar (Editor in Chief), Adrien Maseri (Graphic & Creative team) & Nash Zulkifli (Photography team @ orang yang paling kuat bekerja) and seronok sangat bekerja dengan mereka semua. hopefully dapat bekerja dengan mereka lagi.. :) ok... a few pictures yang i boleh share dengan u guys semua;>> 








ni ada a few pictures of our design panels, models n products, printing session... hehehehe... Thanx to Miss Shafezah Abdul Wahab @ Shafi Abdul, Lecturer from Faculty of Communication & Media Studies (UiTM) Melaka. 
okeeeyhh....!!! :D 

Saturday, April 30, 2011

Kenangan Semester 4

Semester 4 yang bermula pada 3 January hingga 30 April lalu telah selamat ditempuhi dengan jaya nya. (jaya ke?) Pelbagai pahit manis, suka duka, tawa air mata, mengiringi sepanjang 4 bulan ini. Terlalu banyak kenangan.. So, update ni terpaksa upload story 1 by 1 okeyh..! I akan share pengalaman membuat pelbagai assignment. Gelabah last minute assignment. Kene potong markah sebab plagiarism. PLAGIARISM??? whhhaaaattt??? herrrmmmm.. sabar dulu...! sebagai teaser kepada update seterusnya... i akan share a few pictures yang akan membawa anda ke dunia ASSIGNMENT PART 4...! hahaha.. :D















So... harap bersabar..! ada gambar anda?? story anda akan keluar..! hahahaha

Saturday, February 12, 2011

Cepatlah Sihaaattt..!!! :(

Salam.

Dear students,

1.       I wish all of you are in a good health and always be blessed.

2.       Kindly be informed that I am now admitted (2nd day) at hospital due to some maternity complication and undergo ‘Bedrest’ – a medical treatment. This will take up at least a month depending on the health progress for special monitoring.

3.       It is very sad the fact that I am not able to be in the campus with all of you discussing all the interesting ideas and getting feedback / views from promising young generation.


4.       Do not be worried as the management of the faculty is now sorting out this situation especially pertaining classes, to make sure all of you in the right track. Most probably you will get replacement lecturer.

5.       However, I still can be contacted via short message system (SMS) and preferably by email for any discussion, inquiry and any related thing. I’ll try my best to assist and supervise virtually. I am happy to receive constant report, updates and progress on your learning session later.


6.       For the time being I need few things from the Class Rep / Assistant Class Rep

a.       DMC4G Class Timetable – (Simple one, Day, Time, Subject and Lecturer’s name)

7.       Kindly get ready for your knowledge test on the topic of Citizen Journalism. Notes have been given before. Some other lecturer will conduct this for you.

8.   Last but not least, I hope that you guys can do well and be very proactive of your academic part. I pray to Allah to grant me good health condition, so that we'll meet again as soon as possible. Kindly excuse my health condition. I wish all the best to all of you.

9. Kindly share this info to your classmates so that they are in the know.

Man proposes, Allah disposes.

Salam hormat,
Siti Najah Raihan Sakrani

Ini adalah email yang Mdm Najah hantar dekat i.... serious sedih... dia adalah antara lecturer yang terbaik untuk semester ini. Dia kongsi segala pengalaman yang ada serta pendapat dia about current issues in Malaysia. aarrghhh.. tak boleh nak cakap banyak sebab seriously i sedih... walaupun ada lecturer lain yang ganti, kami tetap rindu dekat Mdm Najah.. (Thanx to Miss Linda sebab ganti Mdm Najah) Kami semua mendoakan semoga Mdm Najah cepat sembuh, kandungan sihat, Mdm pun sihat serta boleh start lecture macam biasa... 

Salam hormat;

Harits Asyraf Karev

Friday, February 4, 2011

Tiba masa untuk berubah... (Terima kasih 'senyum')

          Kadang-kadang.. bila di fikirkan... sampai bila aku harus jadi macam ni. yer macam ni. Tiada arah tuju dalam kehidupan... mungkin ada cita-cita.. tapi jiwa kosong. Adakah kita kena berubah demi hendak mencintai seseorang? 
      
       Bagi aku... TIDAK.. aku berubah demi masa depan aku dengan harapan agar ada sinar baru dalam hidup ini. Sinar baru? yer... selama ini baru aku sedar. yer result semester lepas amat memberangsangkan. Tapi pernah aku dekatkan diri pada Allah SWT sebagai tanda syukur? mungkin aku perlukan seseorang yang boleh menasihati aku dari segi ibadah.

      Aku ini orang yang terbuka. senang menerima pendapat orang lain. tidak salah jika aku mencintai seseorang yang mampu menasihati aku baik dari segi ibadah, pelajaran dan macam-macam lagi. mungkin aku perlukan perangsang yang memahami jiwa ini. dan yang pasti aku akan mencintai seseorang itu sepenuh jiwa aku jika dia benar untuk aku. 

       Beberapa kali aku pernah gagal dalam bercinta membuatkan aku fed-up, rimas nak bercinta. Tetapi sejak kebelakangan ini... hadirnya seseorang yang membuat ku tersenyum. sentiasa tersenyum. Yer kami kawan. Tapi tiada siapa mampu menipu kata hati. Bila kata "yer, saya suka dia".. itu maksudnya aku  sukakan dia. kadang-kadang aku rasa takut untuk bercinta lagi kerana takut perkara sama berulang lagi.

         Aku suka cara dia.. aku suka senyuman dia. And aku suka cara dia bergaul dengan kawan-kawan aku yang lain.Tapi sekarang... macam mana aku nak cakap dekat dia yang aku suka dekat dia. hati masing-masing tiada siapa yang tahu. Mungkin aku perlu berubah sepenuhnya serta yakinkan diri. Jika sekadar mesej; "Gud Nite" pun menjadi bahan ukuran dan membuat dia tersenyum. Terima kasih 'dia'. 

       Walau letih bagaimanapun, perjalanan dari Ipoh-KL-Ipoh seharian, aku akan tetap ingat pada dia. kerana pada aku dia adalah pengubat segala duka dan membuat ku sentiasa tersenyum.. :) 


Cool Gilleeewwrrr...!!


Dah tengok??? (kalau belum, please tengok dulu ok...)
This guy seriously cool...!! Awesome man..!! i Luv ur pronunciation...!
uppsss. lupa pulak... student TESL.. (dkt mn?) tu tak pasti... hahahaha... 
tapi kalau kita tengok video-video yang dia post di Youtube sangat cool... 
Dia comments and gives good opinion on current issues..! 
Critical thinking..! I like ur thinking..! yeaahh! :) 

follow him?? here u go...



Twitter: @IniAnwarHadi

Thursday, February 3, 2011

2 Jam bersama Penerbit Nona

3 Febuari merupakan tarikh yang penting dalam hidup ini. 
Bukan hari pernikahan mahupun perkahwinan..

Credit: beautifulnara.com 

Credit: fariszulkifli.blogspot.com
Tetapi, hari ini adalah hari untuk menyiapkan group assignment Broadcasting..! 4 in a group di tugaskan untuk menemubual mana-mana producer /  assistant producer / floor manager / set & graphic designer mengenai skop kerja serta bidang tugas masing-masing. Kami telah memilih penerbit rancangan terkemuka di TV3 - NONA - sebagai respondent kami. 


            Perjalanan dari Ipoh bermula pada jam 10 pagi dan tiba di KL Sentral jam 12 tengah hari. KL Sentral? Buat apa dekat KL Sentral? Hehehe...  Sebenarnya nak ambil my new group mates (Wyda & Yana; Kelso tak dapat join sebab dia kene ke Terengganu ada hal keluarga). Setelah mengambil mereka di KL Sentral, kami ke TTDI untuk makan tengah hari di Kuey Tiaw Doli. Kemudian berjalan-jalan di OU hingga hampir jam 2.20 petang. 
          Kemudian kami terus ke TV3 untuk berjumpa dengan seseorang yang dikhabarkan mempunyai bertahun-tahun pengalaman. Setibanya kami di Sri Pentas, kami diarahkan ke cafeteria. Sempat untuk kami berbual-bual serta berbincang beberapa soalan yang bakal diajukan pada sesi temu bual tersebut sementara menantikan penerbit tersebut.
            Tepat jam 3 petang, seorang gadis, rendah kecik molek orangnya, kulit hitam manis (tompok-tompok si hitam manggis, walaupun hitam ku pandang manis) datang kearah kami. "Hi Harits, saya Kak Ifa, Penerbit Nona", sapaan dari Penerbit Nona - Cik Ifawani Omar @ Kak Ifa. Dia sangat cool & sporting. Pelbagai pengalaman, cabaran, tugasan-tugasan sebagai seorang penerbit rancangan yang mendapat penonton tertinggi di Malaysia kini di ceritakan oleh beliau sepanjang temubual tersebut. (tak boleh nak cerita panjang, nanti waktu presentation takde sape pun nak dengar.. hehehe) Temubual bermula jam 3 petang dan berakhir pukul 5 petang. 
          Di akhir temubual, kami dibawa ke studio TV3 untuk melihat serba sedikit keadaan 'environment' dalam studio tersebut. Ada beberapa gambar yang saya boleh kongsi dengan anda. Kepada semua classmates saya, jangan lupa hadirkan diri ke kelas waktu presentation BRO231 nanti..:) 








Nantikan presentation kami nanti OK... :) 

Wednesday, February 2, 2011

Sotong Kering?

Kadang kala menjadi sesuatu yang pelik apabila kita bercakap pasal sotong kering.. ikan bilis... 
Tiba-tiba saya rasa sangat seronok apabila seseorang menghantar pic sotong kering. 
Entah... pelik lah... tapi ini fakta... saya suka.. tak pasti sama ada saya suka dia atau suka sotong kering atau suka apabila saya tahu yang dia nak majoring Journalism during degree nanti... herrrmmm.. :) saya suka.. saya suka. itu sahaja. Thanx kepada anda sbb hntr gmbr ini.. :)